Tuesday 26 July 2011

Sial aku. Kau tahu?


Aku. (tunduk) Aku kadang-kadang kesian tengok orang yang ada disekeliling aku. Kemestiannya, soal cinta. Semua yang rapat dengan aku, pasti. Pasti cerita cintanya tidak kesampaian. “Sial sangat ke aku ni?

Lelaki 1.

Hampir 4 tahun bercinta. Malangnya, karam kapal nya ditengah lautan. Walaupun bukan salah dia. As the girl yang cari lelaki lain. By the way, apa salah lelaki 1? Pada aku, lelaki 1 sudah cukup baik. Kenapa hati dia yang dipermainkan?

Lelaki 2.

3 kali mencuba. 3 kali gagal. Musnah ditengah jalan. Lelaki 2 juga baik. Dia diantara orang dalam list ‘satu dalam seribu’ yang aku buat. (Kekasih keduanya balik ke kelengkang ex-boyfriend. Aku pun tak faham, kenapa kekasih 2 dia tak mampu nak cakap “Pergi jahanamampusialahmukau!” dekat ex-boyfriend dia, since dia dah dengan lelaki 2 ni. )

Lelaki 3.

Jujur kata, baik orangnya. Pandai. Hanya satu silap. (yang pada aku, hanya salah faham kerana berhubung kembali as friend dengan ex-girlfriend) Dia ditinggalkan tanpa budi bicara. Kesian. Pada aku, memang perempuan cilaka itu dah ada lelaki lain. Mentang-mentang perasan cantikpadahaltakcantikpun!

Lelaki 4.

Hampir setahun mereka bersama. Dia korbankan apa sahaja. Tapi, tak berbaloi. Sudah lah ditinggalkan, dipersalahkan lagi. Dimalukan lagi. Dan lagi. Lakhanatpunyabetina.

Tapi, aku rasa. Aku lagi lakhanat. Aku rasa, sebab mereka rapat dengan aku. Dan semua terima malang aku. Lu’olls tak rasa macam tu ke? Aku tak kisah kalau kau kata aku sebegitu. Aku lagi tak kisah kalau kau pergi dari hidup aku. Asal lu’olls bahagia. Aku sayang kawan-kawan aku. Kenapa perlu aku heret semua untuk rasa malang seperti aku kan?

(Ambil rokok. Aku bakar. Aku tarik dalam-dalam.)

Aku cuba faham. Tapi tak mudah. Susah. Bila makin hari, makin ramai yang lemas dengan hidup sendiri. Seolah-olah aku minta ditemani sebegini. Definisi kebahagiaan pada setiap orang adalah berbeza. Aku, kau berza. Mungkin aku tiada segala-galanya. Mungkin cinta tak berpihak pada aku. Tapi, aku cukup bahagia. Hari-hari aku bahagia.

Cuma malam ini. Aku give up dengan dunia. Aku frust. Aku rasa dunia tidak adil. Dunia ragut senyum aku. Selama ini, aku kecewa, aku kecewa sendirian. Aku marah, aku marah sendirian. Aku nagis, aku nagis sendirian. Aku merungut, aku merungut sendirian. (seperti ini) Aku sakit, aku sakit sendirian. Apakah sial sikap aku ini? Hingga mereka-mereka dikeliling aku turut rasa tempiasnya? Ahh! Lelah aku dengan semua.

No comments:

Post a Comment