Friday 15 February 2013

Hakikatnya, kita tak mungkin bersama.


“Jom pegi breakfast?”

James mempelawa Kiara. Tapi Kiara senyap membisu. Mungkin belum bangun tidur. James pun apa kurangnya. Baru saja buka mata. Masih diatas katil berselubung selimut. Golek kiri, golek kanan. Tenung siling. Rindu mungkin. Sayangnya, Kiara tidak ada perasaan yang sama pada James. Mereka pernah bercinta, dulu. Selepas jadi kawan semula, semuanya berbeza. Ya, life’s goes on and heart move on. Seorang saja yang masih menyimpan rasa, seorang lagi biasa saja.

Ting! Ting!

Bbm Kiara masuk.

“Jom! Lame tak jumpa Lu.”

Ting! Ting!

“Lets go, but Gwa dekat rumah , boleh amik Gwa? Malas lah nak drive.”

Ting! Ting!

“Ajak keluar date, tapi perempuan yang kena ambil? Ape lah Lu ni?”

Ting! Ting!

“Alaaa, boleh laa. Bukan selalu Lu ambik Gwa? Selalu nya lelaki je ambil perempuan, hari ni kita tukar lah.”

Ting! Ting!

“Ye lah! Gwa mandi kejap. Half an hour, Gwa sampai!”

Ting! Ting!

“Nice! Gwa tunggu Lu, jangan lambat, *cewah!”

Jarang mereka dapat keluar bersama. Masing-masing ada haluan hidup masing-masing. Zaman cinta mereka telah lama berkubur, itu cinta monyet. Cerita 10 tahun dulu.

Bila bertentang mata, lidah jadi kelu. Tak tahu mana nak mula. James memang sebegitu, kurang berbual orang nya. Mujurlah Kiara jenis banyak mulut. Senang bagi James untuk terus berkawan dan lepak bersama.
Makan dan makan. James tak habis, di tolaknya pinggan itu pada Kiara. Kiara berbadan kecil, bertudung. Ayu dan manis orang nya. James juga berbadan kecil dan makan juga sedikit. Sesuap dua sudah cukup bagi nya.

“Ape Lu ni? Makan sikit sangat? Mane tak kurus? Dah rupa macam orang bela toyol Gwa tengok.”

Mereka gelak besar bersama.

“Bukan toyol, Gwa memang ade bela, tapi belaan Gwa off-day hari ni. Tu yang Gwa makan sikit aje”

Mereka sambung gelak.

Selesai makan, James mula cuba untuk lebih dalam. Cerita soal isi hatinya. James nak berangkat ke London selama dua minggu. Bercuti. Tenang kan hati dan fikirannya. Kiara tidak tahu. Dan James memang tiada niat untuk memberi tahu Kiara. Macam biasa, mereka berdua akan terus menyepi sehingga satu masa dan mereka akan berjumpa lagi, mungkin.

“10 years from now, if Lu still single, dan Gwa single. Kita khawin.”

Kiara tunjuk riaksi biasa. Mungkin dia ingat itu hanya gurauan bodoh James.  Tapi sempat juga dia jawap.

“10 tahun lama sangat. Make it 5? Boleh?”

“Terlalu cepat, mungkin Gwa belum stabil.”

“Taka apa, kite tengok aje nanti. Entah-entah 5 tahun lagi, Lu dah tak pandang Gwa dah.”

Kiara tarik muka. Dia minum perlahan teh o ais nya itu. James senyum. Di ambil rokok, di bakarnya lagi. Kalau bisa, mahu dihabiskan sekotak rokoknya itu barangkali.

Dilihatnya jam tangan, jam dah hampir ke tengah hari. Bukan sarapan lagi, ini branch. James mintak Kiara hantar dia pulang, katanya mahu menghantar mak cik nya ke Singapura. Nak diluah yang dia menyimpan perasaan pada Kiara, tapi mungkin juga dah terlambat. James takut bertepuk sebelah tangan. Kiara tiada syak apa-apa, dia hanya percaya. Mungkin dia rasa dia akan berjumpa dengan James dalam dua tiga hari lagi.

Siap berkemas. Buku merah. Boarding pass. Bagasi nya diusung. Berat rasa hati mahu meninggalkan rumah tanpa melepaskan apa yang disimpan selama ini. Hati manusia sesuatu yang rumit. Selagi kita manusia, kita juga adalah pemuja rahsia.

James teruskan langkah. Keluar dari Malaysia. Melepasi sempadan Singapura-Malaysia. Hanya satu bbm yang ditinggalkan untuk Kiara.

“Take care!”

Sampai di kota London, pagi. Lebih kurang jam 10 pagi. Terus ke hotel. Selesai barang diturunkan, James terus ke bar yang berdekatan. Masih awal, masih pagi. Perutnya masih kosong.

“One beer, please.”

James tak berfikir panjang, badan nya masih penat. Dalam pesawat sudah di teguknya wain berbotol-botol disepanjang perjalanan. Tiba di kota London, diteguknya lagi beer. Empat gelas, James sudah berat untuk berjalan. Dibukanya bbm, terus ditaip dan dihantar beberapa pesanan pada Kiara. Waktu di tanah air lebih kurang jam 7 malam. Kiara baru sahaja pulang dari pejabat. Kiara terkejut, tak terkata. Dia sedikit marah dan terus senyap. Hingga kini.

“Apa yang kita bual kan semalam, Gwa serious. Gwa ada simpan perasaan pada Lu. Gwa sayang Lu, dah lama. Cuma mungkin, Lu dah taka da rasa yang sama. Sebab cerita cinta kita, cinta monyet. Dan mungkin Lu dah selesa berkawan dengan Gwa. Hanya kawan. Gwa dekat London, dua minggu lagi Gwa balik. Harap dapat jumpa Lu.”

Malangnya mereka tidak berjumpa. Mungkin Kiara takut untuk menolak hasrat James, mungkin juga James yang takut. Takut untuk bercinta dengan kawan nya. Takut itu hanya sekadar perasaan sementara. Sementara dia terasa sunyi tanpa sesiapa.