Tuesday 26 July 2011

Sial aku. Kau tahu?


Aku. (tunduk) Aku kadang-kadang kesian tengok orang yang ada disekeliling aku. Kemestiannya, soal cinta. Semua yang rapat dengan aku, pasti. Pasti cerita cintanya tidak kesampaian. “Sial sangat ke aku ni?

Lelaki 1.

Hampir 4 tahun bercinta. Malangnya, karam kapal nya ditengah lautan. Walaupun bukan salah dia. As the girl yang cari lelaki lain. By the way, apa salah lelaki 1? Pada aku, lelaki 1 sudah cukup baik. Kenapa hati dia yang dipermainkan?

Lelaki 2.

3 kali mencuba. 3 kali gagal. Musnah ditengah jalan. Lelaki 2 juga baik. Dia diantara orang dalam list ‘satu dalam seribu’ yang aku buat. (Kekasih keduanya balik ke kelengkang ex-boyfriend. Aku pun tak faham, kenapa kekasih 2 dia tak mampu nak cakap “Pergi jahanamampusialahmukau!” dekat ex-boyfriend dia, since dia dah dengan lelaki 2 ni. )

Lelaki 3.

Jujur kata, baik orangnya. Pandai. Hanya satu silap. (yang pada aku, hanya salah faham kerana berhubung kembali as friend dengan ex-girlfriend) Dia ditinggalkan tanpa budi bicara. Kesian. Pada aku, memang perempuan cilaka itu dah ada lelaki lain. Mentang-mentang perasan cantikpadahaltakcantikpun!

Lelaki 4.

Hampir setahun mereka bersama. Dia korbankan apa sahaja. Tapi, tak berbaloi. Sudah lah ditinggalkan, dipersalahkan lagi. Dimalukan lagi. Dan lagi. Lakhanatpunyabetina.

Tapi, aku rasa. Aku lagi lakhanat. Aku rasa, sebab mereka rapat dengan aku. Dan semua terima malang aku. Lu’olls tak rasa macam tu ke? Aku tak kisah kalau kau kata aku sebegitu. Aku lagi tak kisah kalau kau pergi dari hidup aku. Asal lu’olls bahagia. Aku sayang kawan-kawan aku. Kenapa perlu aku heret semua untuk rasa malang seperti aku kan?

(Ambil rokok. Aku bakar. Aku tarik dalam-dalam.)

Aku cuba faham. Tapi tak mudah. Susah. Bila makin hari, makin ramai yang lemas dengan hidup sendiri. Seolah-olah aku minta ditemani sebegini. Definisi kebahagiaan pada setiap orang adalah berbeza. Aku, kau berza. Mungkin aku tiada segala-galanya. Mungkin cinta tak berpihak pada aku. Tapi, aku cukup bahagia. Hari-hari aku bahagia.

Cuma malam ini. Aku give up dengan dunia. Aku frust. Aku rasa dunia tidak adil. Dunia ragut senyum aku. Selama ini, aku kecewa, aku kecewa sendirian. Aku marah, aku marah sendirian. Aku nagis, aku nagis sendirian. Aku merungut, aku merungut sendirian. (seperti ini) Aku sakit, aku sakit sendirian. Apakah sial sikap aku ini? Hingga mereka-mereka dikeliling aku turut rasa tempiasnya? Ahh! Lelah aku dengan semua.

Thursday 7 July 2011

Kita bincangkan kembali. Sama-sama muhasabah diri.

“Lu faham dunia?”


Gua tengok jam. Hampir pukul dua pagi. Gua pandang dia, gua jawap.

“Tak semua.”

(hembuskan asap rokok ke atas) Gua sambung lagi.

“Tak semuanya gua faham. Tapi, gua rasa, gua cukup tahu.”

Tengok sekeliling, semuanya dah tidur. Tinggal kami berdua. Gua masih menyiapkan penulisan dan puisi gua, dan dia masih duduk di penjuru katil gua. Setahu gua, orang yang hisap rokok ni, jika ditariknya dalam-dalam bagai tak nak sekepul asap pun keluar lagi, tandanya dia ada masalah. (Gua tahu, sebab gua selalu macam tu dulu) Bak kata orang, rokok adalah teman sejati lelaki ketika dia dalam satu masalah. Maksud gua, masalah emosi.

Gua berhenti seketika. Rasanya lebih elok jika gua layan dia sekejap. (Takut melarat) Lu nak sembang pasal dunia? Meh! Sini tempatnya. Dia bersuara, dia tanya gua satu soalan.

“Apa lu rasa lepas hampir setahun lu sendiri ni der?”

Gua senyap kejap. Gua tak boleh salah cakap. Salah langkah gua, gua yang terkena.

“Kes gua, boleh dianggap gua hampir lapan tahun sendiri. Dan gua rasa, gua dah terbiasa.”

Dia seakan memikirkan sesuatu. Masa itulah gua susun jalan untuk gua korek masalah dia. Tak dapat tolong banyak, tolong dengar pun tak apa rasanya. Tak putus-putus bara rokok kami. Macam berat bincang hal projek datuk-datuk dan tan sri. Padahal, hal perasaan dan hati. Tapi, pada gua tu jauh lagi penting. Yang gua dapat ulas bila pandangan gua diminta, ini yang gua kata ;




(Dari sumber yang gua baca) Cinta itu umpama rumput. Makin panjang, makin susah nak dicabut. Kalau di pakai tangan, berdarah tangan pun belum tentu lagi tercabut. Lain lah kalau guna cangkul.Tapi lu kena ingat, yang tercabut hanya rumputnya. Akarnya masih ada. 
Di ringkaskan cerita, macam mana pun lu cuba, jika sesuatu itu pernah hadir dan bermakna dalam diri kita, lu tak kan boleh lupa. Jika benar lu lupa, itu ertinya dia tiada apa-apa makna. Soal sayang dan cinta, tak usah lagi dibicara. Kita hadam sendiri apa adanya. Tipu kalau lu kata lu dah buang semua. Jujurnya, rindu itu ada. Namun, tak boleh lah diperlihatkan kewujudannya. Hanya kepenatan dan kesibukkan hari-hari kita yang dapat mengatasi semua. Doa menjurus kebahagiaan masih lagi ditujukan. Hanya itu yang mampu kita lakukan. Pasti ada yang terbaik untuk kita menanti dihadapan. Itu janji Tuhan.


“Tiba-tiba gua rindu dia. Selalunya, kalau gua penat, gua rasa selesa nak tidur. Tapi malam ni, gua rasa macam bangsat.” Kata dia.



“Tak elok cakap macam tu, itu kan diri kita? Kita redah la sama-sama. Boleh slow-slow.”

Gua tengok jam. (empat pagi) Rumah dah sunyi. Cukuplah muhasabah diri. Esok class pagi. Takut tak bangun nanti.

“Gua rasa better lah gua tidur” (monolog dalaman)



Layankan perasaan ni lama-lama, tak elok untuk kesihatan. Tengok sekeliling, semua dah di buai mimpi. Seawal dua belas malam tadi. Hanya gua sendiri. Entah kenapa malam ni, susah untuk gua lelapkan mata. Mungkin lelah sangat dengan dunia. Nota kaki untuk diri sendiri ; Cinta itu pasti ada. Either by coincidence or incident. Tak perlu dicari.


Wednesday 6 July 2011

Aku edit (terfaktab) untuk aku.

I don't wanna search for Its not my fault either if i'm eager to be loved. I'm just a normal person that has feelings. I just wanna be happy. I know in a relationship has its ups n downs. But I don't wanna be happy only when we go up. I wanna be happy too when we go down. Not saying that being single is unhappy. Its just different kinda of happiness.

(Ayat diatas hanya untuk musahabah diri aku) 


Sudahlah lelaki. 
Apa kau ingat semua lelaki yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian. 
Sebab hidup kami bukan diawangan. 
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan. 
Kau pula, hidup di dalam mimpi gerbang perkahwinan. 
Moga kau dapat bertahan bila tiada restu keluarga mengiringi dalam hubungan. 
Nah, aku masih mahu yang terbaik buat kalian. 
Ludah dan diam, aku kulum sendirian. 
Tangan masih diangkat, tanda mendoakan. 
Tentunya yang menjurus ke arah kebaikan. 
Ah, aku bukan syaitan.


"Apakah cinta itu akan kekal dengan ugutan, kemarahan dan dendam sepanjang hayat? Mungkinkah kita bersama seseorang atas dasar terpaksa memikul beban yang kita bayar atas kesilapan lalu kita sendiri atau menanggung kesalahan orang lain? Semua perkara berlaku ada sebab, dan hikmahnya. Aku faham itu, aku mengerti tetapi apalah ertinya kalau hanya sebelah pihak sahaja bahagia, sebelah pihak lagi memendam rasa?"

(Batuk)

Seperti aku pernah nyatakan, dan sering kali titipkan. 
Hidup ini, kita yang tentukan arah tujunya. 
Kapal yang besar dan kita nakhoda. 
Bawa ia belayar, halakan ke arah tempat tujuan kita. 
Kalau dalam perjalanan, terjumpa penjenayah lautan luas, jika boleh, hindarinya. 
Jika terpaksa juga melaluinya, hadapi dengan tabah dan perlu berusaha. 
Jika berjaya, kita akan menang bermaruah. 
Jika gagal, sekurang-kurangnya kita pernah berusaha, bukan sebab mengalah dan putus asa.

(Senyum) 



Tuesday 5 July 2011

Melodrama Hidup. (aku coretkan kembali cerita ini)

Pagi itu, sejuk yang teramat sangat, sampai nak bangun pun rasa macam malas.

"All the loneliness has always been the friends of mine...." 

cellphone aku berbunyi. 

"Alamak! Dah pukul 7. Adus! Aku dah lambat."  (monolog) 

Lincah kadok aku bangun, terus ke bilik air, mandi. Siap punya siap, dah pukul 7.30. (laju kann?) Biasa lah, lelaki. Tapi, aku masih mamai. Kenapa aku wajib bangun seawal ini?

Tiba-tiba, 

"Huu uu... When the vision surround you, bring tears to your eyes......" 

Aku tersentap sekejap. Bila tiba-tiba aku terdengar cellphone aku tiba-tiba berbunyi lagu itu.

"Dah lama aku tunggu lagu ni beberbunyi dari cellphone aku." (monolog dalaman) 

"Woi! Angkat lah telefon kau tu"!

Housemate aku jerit. Aku pun ambil la cellphone aku tu, aku tengok display name,

"Oh, kekasih hati rupanya." Aku bermonolog lagi.

Aku seolah-olah bermimpi. Macam baru dilahirkan semula. Apa yang terjadi semalam, satu apa pun aku tak ingat. Mungkin aku terlalu 'sakit'. Mungkin juga aku terlalu gembira. Entah lah. Kita lihat dulu hari ini macam mana. Baru kita buat kesimpulan tentang semalam.

 "Yes sayang, ade ape ek call arep pagi-pagi ni?" 

Dengan suara yang agak marah, dia jawab


"You! you pegi mane? Semalam kan dah janji! Nak gi sarap sama-sama! dah 45 minit i tunggu you dekat luar rumah ni."

Aku agak pelik, tapi aku senyapkan aje. Sape dia ek? Adus! I'm totally forgot everythings. Where am i last night? And who is she? Aku cool aje mase tu.


"Kenapa marah-marah ni? You biar betul? You dekat luar ke?" Aku tanya dia. 

"Ttonnnn!" 

Adus! Betul la. Dia boleh hon kuat-kuat pulak pagi-pagi ni.


"Woii! Lincah laaaa! Bini kau dah tunggu lama tuuuu. Aku nak tido pon susah laaa!"


"Iye, iye, nak keluar laaaaa niiii." Aku jawab ringkas.


"Wow! Cantik nyerrr. Hot gila *vavi. Siape tu? Mane awek aku nyerrr? Ade dua orang ni, elak aku salah orang je. Dah laa dua-dua hot. Adus." (monolog dalaman)

Tak apa. Cool-cool sudah. Aku ade care aku sendiri. Slow and steady, aku tutup pintu rumah. Sarung selipar. 

"Alamak! Pakai seluar pendek lak." (monolog) 

Tak apa lah, redah aje.Sebelum menoleh ke arah kereta, aku call dia dulu, 

"Hei!, you dah kenapa? Dah tutup pintu tu, keluar aje lahh, nak call-call lak! Mengada-nganda laa you ni. Tawu laa number cantik. Kredit limit tinggi.
Tak sempat aku nak cakap apa-apa.. Aku pulak yang kena marah. Iye lah, dah la lambat. Melewey-lewey lagi. HAHA! Tapi tak apa. Yang penting aku tahu, yang mane satu bini aku, HEHE!

Pergh!


"Kentang gak minah nie, drive honda city." (monolog dalaman)

Aduyai! I can't still rememmber anything. Tak apa, berlagak cool sudehh.

"Arep, sapa punya kereta banyak-banyak tuu?" 

Member dia tanya.

"A'ah la you, kereta kat umah you tu sape punya? Banyak plak tuu!" 

Tak sempat aku nak jawap, 

"Kereta banyak, tapi setiap kali keluar, mesti i yang amik you, i nak rase jugak naik kereta mahal! Tak kan laa semua tuu kereta member you?!" 
Aku pun jawap,

"Iye laa sayang oii, tu semua kereta kawan i. 530i, mini cooper ngan Harrier tu dia punyerrr,.I nyer mini lame tu, neo, ngan 530i lame tuu."
Lagi sekali dia mencelah.

"Haa! Mengaku pon! Tak kire laa 530i lame ke baru! Yang penting BMW jugakkk!" 

Adus! Aku klentong ape la kat dia?

"Lorr, kereta tu i buat long distance jerrr. Lagi pon kereta i tak la semahal kereta you. Takut you segan lak. i ni keje ape jerrrr" 

Saje jer aku mnganjeng dia.

" Kepale otak you!"

HAHA! Aku kena balik, *hishh. Sebab tu la aku sayang dia sangat-sangat. Dia bukan saje kekasih aku, tapi kawan baik aku.


"Lor, makan kat mamak ker?"

Cabul pulak mulut aku. 

"Iye la, i tak sekaya you!" 

Huh? Aku tak faham. 


"Macha, tampal goyang satu, kopi 'o' ice satu, saya nak tisu satu teh tarik satu. Kau nak ape? Order jerr. Arep bayar."

Ahahaha! Memang dia la soulmate aku. Rasa macam nak cium dia kat situ jugak. Tapi, kenapa dia macam marah kat aku ek? Ape salah aku? Aku macam nak tanya, tapi dia macam tengah marah lagi. Tak apalah. Aku senyap kan dulu. Nanti dia dah cool, aku tanya lah. Dan aku akan mintak maaf. Itu janji aku. Lepas makan, dia ajak aku jalan-jalan. 'Berdesup' kereta dia bawak, laju nak mati. Takut aku dibuatnya. Macam nak bunuh aku la pulak. 

"Sayang, kenapa bawak kereta laju-laju ni? Marah kat Arep ke? Ape salah Arep? Cakap la." 

Aku tanyer dia. Tapi dia diam je. Lepas tu dia senyum sinis. Macam menyindir aku. Tiba-tiba dia bersuara, 

"E'eh, buat-buat tak tau pulak!" 

Aku senyap kan aje, rasenya memang berat salah aku ni. 

"Alamak! Dia mengandung ke? Ish! Tak kan lahh!. Aku tak pernah buat ape-ape pon dengan dia."(monolog dalaman) 

Aku tanye dia lagi, 

"You, kite nak gi mane ni ek? Kesian member you, dah tetido kat belakang tu, penat sangat kot, bangun awal-awal."

 Dia jawap.


"Sayang, kite dah lame tak spendtime same-same. I nak bawak you pegi Genting laa. You kan suke pegi sane. Nanti kat sane, boyfriend member i ni ade. Biar lah dia." 

"Owwhh"

Itu aje yang aku boleh cakap. 10.45pagi, aku dah ada di Genting Highlands. Member dia pon dah merayap dengan boyfriend dia. Tinggal la aku berdua aje. Agak petak jugak aku waktu tu. Rasa macam tu lah first time aku jumpe dia. Kiteorang tak main outdoor. Main indoor aje. Enjoy lah juga. Hurmm, happy sangat-sangat! Macam first time bercinta. Rasa macam dunia ni aku yang punya. Tiba-tiba, 

"You, dah kol 6 ni, jom balik KL. Lagi pun malam ni you keje kan?" 

Dia tanya aku.

"Keje?"

Aku rase macam pelik kejap. 


"Aku keje ape ek? Ah! Sudah! Mampos! Keje sendiri pon aku lupa"  (monolog dalaman)

Pukul 7 aku sampai rumah. 

"Sayang, boleh tak i tumpang rumah you? Solat kejap. Nanti i hantar you pergi kerje."  

Aku kaku sekejap. 

"Boleh, tapi you tak kesah ke?" 

"Ala, nak buat bende baik, nak kesah ape?"

Dia jawap dengan senyuman. Hampir pukul 8, aku masih tak nampak dia. 

"Mane pulak dia ni? Tak turun-turun lagi" (monolog dalaman)

 Aku pon terus naik. Bukak pintu bilik. 

"Wow!" 

Agak terkejut. Tengok dia. Tengah,,,, tengah,,, tengah,,,,,,, tengah gosok baju kerja aku. Dia menangis. Aku terus menghampiri dia. Aku peluk dia. Aku tanye ;


"Kenapa you nangis sayang? Baju ape ni?" 

Okay. Aku dah ingat. Aku dah jadi pilot rupanya. Dah 5 tahun. Owhh! Semalam aku gaduh dengan dia. Dia kata, aku tipu dia for more than 5 years. Patut la dia macam dingin jerr tadi. 

"Sayang, kite dah tunang tau. Memang tak official. Sebab you yang tak nak.You kate, you takut nanti kite gaduh, kite break up. Tapi sekarang, you yang buat i takut. I takut you yang tinggal kan i." 

Dia cakap dengan aku dengan teresak-esak. Sayu hati aku dengar.


"Sumpah! Since we've been together, i dah janji, selagi i masih hidup, you seorang je yg i sayang, you seorang je untuk i."

Aku balas. Lantas dia mencelah ;

"Jangan laa cakap macam tu!" 

Dia nangis lagi. 

"Dah laa sayang, jangan nangis lagi, jom kite makan, nanti sejuk pulak nasi tuu." 

Aku cuba pujuk hati dia dan  mempelawa dia makan. Sumpah, malam tu memang sayu. Memang aku rase sangat-sangat. Yang aku sayang dia teramat sangat. Dan aku harap dia pun macam tu. For more than 5 years we've been together, malam tu aku tak kan lupe. Akan aku ingat sampai bila-bila. Tiba-tiba, aku terfikir sesuatu. Macam mane kalau dia tahu, yang 530i baru tu, Harrier tu, mini lame tu, aku yang punya? 

"Ahhh! lantak lahh. Itu nanti punya cerita, nanti lahh aku fikir." (monolog dalaman)

Hampir pukul 9 malam. Aku siap-siap kat atas. Dia tolong pakai kan aku tie. Lepas tu, dia hantar aku pegi airport. Aku tak nak bagi. Aku risau. Takut nanti ape-ape jadi, on the way back kan. Aku ajak laa kazen aku teman kan dia balik. So, tak la aku risau sangat dia drive sorang-sorang. Sampai kat airport ;


"Arep, you fly gi London kan? 4 hari ekh? Jangan noty tau. Take care okay sayang? I tunggu you balik. Nanti i ambik you."


"E'eh, tak payah la susah-susah, i risau laa you drive sorang-sorang." 

Aku jawap.


"Tak apa, i ajak laa kazen you teman i, Tak pon akak i kan ade. Nanti i ajak laa dia teman i." 

Balas dia.

 
"You pon take care jugak tau. Jangan mengatal. Jangan noty. I sayang sangat-sangat kat you." 

Aku balas.Tiba-tiba dia tarik aku. Dia kiss aku. Kat pipi la! Public beb. Tak kan nak buat lebih-lebih lak. Then aku pon masuk la dalam. Aku harap. Dia setia la pada aku. Aku pun terus berjalan masuk. Lepas letak beg dalam cockpit. Aku turun kejap, buat last check. Then bile aku masuk cockpit balik. Aku tengok, captain dah duduk. 


"Good evening captain, how are you?" 

Aku tanye captain tu. 

"Fine as usual, by the way, can u depart the plane tonight? 

He ask me. 

"Sure, my pleasure." 

Lepas semua nya setel. Aku pun tanya ketua pramugari 

"Are everythings ready?" 

"Yes sir, we are ready." 

Lepas dapat clearence dari ATC. Aku pun annouce 

"Cabin crew, standby for flying"

Entah kenapa, tiba-tiba. Ade satu suara. 

"Woii! Kau buat ape tengok kapal terbang tu lame-lame?" 

"Jom la balik bilik. Esok kan kite ade klas pagi. Lincah la" 

Azim panggil aku. Lorr, aku berangan ruper nyer. Jauh nyer la aku mengelamun, kadang-kadang, aku tertanya-tanya. Sape ek 'dia' tu? Ade ke perempuan macam tu? Layak ke aku untuk dapat perempuan macam tu? Layak ke aku nak terbangkan sebuah pesawat? Layak ke aku nak terima satu kehidupan yang macam tu?
 

Tapi aku yakin. Aku layak untuk terbangkan sebuah pesawat. Membelah langit biru. Tempat yang tiada sempadan, seperti yang aku pernah katakan dulu. "Itulah tempat aku, itulah sebabnya aku dilahirkan dimuka bumi Allah ini."
 

Untuk si 'dia', yang aku sendiri tak tahu siapa. Aku harap, akan adalah seperti nya untuk aku suatu hari nanti.