Friday 27 January 2012

#JustSaying.

I guess, we all get mad when people say things we don't want to hear. Especially, when things feels a bit fishy. 

Still, it's always good to hear the truth. Even if it means losing respect for someone you thought you like. Damn.


I finally figure out what bothers me so much about you. It's the way you concerned about protecting yourself. I mean, no one in this entire world has a bad thing to say about you, and I'm guessing that's because you are careful not to rub anyone the wrong way. And you still wear that scars. That prevent any guy from getting anywhere near you. You can't stand by me anymore, and we both know you protecting yourself there. I don't know, I guess, in the grand scheme of things, it's not a big deal. I was a little disappointed to find out who you turned out to be. 

I'll see you around.

Wednesday 18 January 2012

Green, Arep sayang Green sangat-sangat.

Chapter 1

                Disember 2004. Masa mula-mula ayah ambil awak, awak kecil lagi. Muat masuk dalam kotak. Awak agressif. Garang. Tapi, Arep tahu, satu hari awak akan jinak. Hari demi hari, awak makin besar. Tapi, tak ada seorang pun antara kami yang perasan pembesaran awak. Arep rasa, awak sama kecil nya macam masa mula-mula Arep dapat awak. Realitinya, dulu awak hanya sebesar tapak tangan. Tapi kini, badan awak saja sudah sepanjang lengan tangan. Hampir 4 kaki panjang awak kalau tak silap Arep. Makin awak besar, makin seronok Arep. Sebab, awak dah boleh tidur sama-sama dengan Arep. Arep dah boleh peluk awak ketat-ketat. Arep dah boleh cium awak kuat-kuat. Kadang-kadang, awak agressif. Macam dulu. Ye, Arep pun kadang-kadang jadi takut. Lama kelamaan, Arep dah biasa. Itu cara awak bergurau.  Arep faham. Walaupun dengan gigitan awak itu adakalanya, (selalunya) hingga berdarah, terbelah isi, tapi tak mengapa. Tak lah sebisa mana. Hanya umpama terhiris pisau. Ah, sakit hanya sekejap.  Ingat lagi masa kita balik kampung? Jauh perjalanan. Kita bawa awak balik sekali. Ingat lagi bila kami tinggal kan awak saat kami berjalan? Awak lah yang kami cari dahulu bila sampai dirumah. Ingat lagi saat awak lari? Panjat ke bumbung rumah. Arep ikut panjat sama. Bawa awak turun. Sebab masa itu hari nak hujan. Kilat. Ingat lagi saat awak lari dari rumah. Merata kami cari. Kali ke-dua awak lari dari rumah di kawasan perumahan baru. Ayah sanggup memberi ganjaran pada orang yang menjumpai awak. Siap ayah buatkan risalah dan edarkan diseluruh kawasan perumah. Awak tahu betapa kami sayang kan awak? Tak tercapai akal. Ingat lagi masa-masa awak tidur dengan Arep? Makan dengan Arep? Kena kejar dengan Arep? Ingat lagi saat-saat Arep selalu sakat awak? Peluk cium awak? Buat awak marah? Sebenarnya, Arep rindu sangat-sangat. Arep terkilan sebab Arep dah lama tak jumpa awak. Arep hanya dapat berita dari jauh. Berkaca mata Arep, awak tahu? Sebak hati Arep, awak tahu? 

Chapter 2

                18 Jan 2012. Arep dekat Parit Raja, Batu Pahat. Berkecil hati. Sedih sebenarnya. Awak pergi. Terkilan ada juga, kerana sudah hampir sebulan tak balik JB. Sibukkan diri sangat dengan hal-hal disini. Awak sakit, Arep tak ada dengan awak. Mungkin ini bukan pertama kali ditinggal kan. Tapi sakitnya, sama sahaja seperti pertama kali kehilangan. Berkaca mata Arep dibuatnya. Akhirnya gugur juga. Sumpah, memang sedih. Arep hanya mampu lihat gambar-gambar awak saja. Adik-adik yang lain tolong uploadkan. Kalau diikutkan hati. Nak saja Arep balik. Arep rindu. Arep nak peluk awak kuat-kuat. Arep nak cium awak. Terdetik juga dihati, “kenapa awak tak tunggu Arep balik?” Mungkin, awak dah lama tunggu Arep balik. Arep saja yang tak balik-balik. Ah! Menyesal sangat-sangat rasa. Kalau ada yang mampu Arep pinta saat ini. Arep Cuma nak berada dengan awak disaat akhir-akhir hidup awak. Itu sahaja. Arep sayang awak. Arep sayang awak sangat-sangat. Hingga kini, masih sebak lagi rasa dalam hati ini. Allah S.W.T saja tahu apa yang Arep rasa. Lepas ini, tak akan ada yang sayang Arep macam mana awak sayang Arep. Arep rindu awak sangat-sangat. Arep rindu gelagat awak. Arep rindu bau awak. Arep rindu gigitan tajam awak. Arep rindu diteman tidur oleh awak. Rindu ini menyiksa awak tahu? Arep rindu untuk suap kan awak makan. Mungkin, jika ditanya, hanya ini yang mampu Arep kata ; “Bila sesuatu itu kita serahkan kepada-Nya, kita akan terima apa jua dengan apa adanya, terus untuk kita, atau sudah tertulis, ajal nya sudah tiba. Arep redha.Walaupun hati masih lagi sebak menahan perasaan. Mungkin ada yang tak akan faham situasi ini. Pedulikan saja mereka. Mereka tak tahu cerita kita. Cerita kita dan keluarga kita. Cerita betapa kami sekeluarga sayang pada awak. Memang benar, mata arep berkaca. Memang benar, gugur air mata. Biar apa orang nak kata. Mereka hanya cemburu kerana Arep sayang awak lebih dari mereka. Ingat sampai bila-bila. Arep sayang Green.