Wednesday 6 July 2011

Aku edit (terfaktab) untuk aku.

I don't wanna search for Its not my fault either if i'm eager to be loved. I'm just a normal person that has feelings. I just wanna be happy. I know in a relationship has its ups n downs. But I don't wanna be happy only when we go up. I wanna be happy too when we go down. Not saying that being single is unhappy. Its just different kinda of happiness.

(Ayat diatas hanya untuk musahabah diri aku) 


Sudahlah lelaki. 
Apa kau ingat semua lelaki yang sendirian itu membahayakan?
Kami ini tak kenal erti kesunyian. 
Sebab hidup kami bukan diawangan. 
Berpijak di realiti menjadikan kami lebih berdaya tahan. 
Kau pula, hidup di dalam mimpi gerbang perkahwinan. 
Moga kau dapat bertahan bila tiada restu keluarga mengiringi dalam hubungan. 
Nah, aku masih mahu yang terbaik buat kalian. 
Ludah dan diam, aku kulum sendirian. 
Tangan masih diangkat, tanda mendoakan. 
Tentunya yang menjurus ke arah kebaikan. 
Ah, aku bukan syaitan.


"Apakah cinta itu akan kekal dengan ugutan, kemarahan dan dendam sepanjang hayat? Mungkinkah kita bersama seseorang atas dasar terpaksa memikul beban yang kita bayar atas kesilapan lalu kita sendiri atau menanggung kesalahan orang lain? Semua perkara berlaku ada sebab, dan hikmahnya. Aku faham itu, aku mengerti tetapi apalah ertinya kalau hanya sebelah pihak sahaja bahagia, sebelah pihak lagi memendam rasa?"

(Batuk)

Seperti aku pernah nyatakan, dan sering kali titipkan. 
Hidup ini, kita yang tentukan arah tujunya. 
Kapal yang besar dan kita nakhoda. 
Bawa ia belayar, halakan ke arah tempat tujuan kita. 
Kalau dalam perjalanan, terjumpa penjenayah lautan luas, jika boleh, hindarinya. 
Jika terpaksa juga melaluinya, hadapi dengan tabah dan perlu berusaha. 
Jika berjaya, kita akan menang bermaruah. 
Jika gagal, sekurang-kurangnya kita pernah berusaha, bukan sebab mengalah dan putus asa.

(Senyum) 



No comments:

Post a Comment