Wednesday 5 October 2011

Bukan aku lupakan kau. Mungkin, keadaan yang memaksa aku.


Aku akui, aku tak sebaik mana. Aku akui, banyak kekurangan aku. Aku akui, kadang-kala, aku tergelincir jua. Aku hanya manusia biasa. Dan bukan niat aku, untuk aku lukai hati sesiapa. Aku harap, kau dapat maafkan aku kali ini. “Habis madu, serapah dibuang”. Itu yang kau kata pada aku. Aku tak mampu nak menjawap apa-apa. Yang aku mampu, hanya berdiam diri. Walaupun lagu dari lite.fm itu terpasang dengan volume yang agak kuat. Bila kau menegur aku dengan sikap aku itu, terus sunyi sekejap malam aku.
Aku pandang kau. Kau tunduk. Bukan maksudnya aku ingin memulakan perbalahan antara kita lagi. Aku hanya kesal dengan perbuatan aku. Aku sedar silap salah aku yang bukan hanya menduakan kau, malahan memperbanyak kan kau. Aku kesal. Aku tahu, aku tak patut melakukan sebegitu. Percayalah, aku juga sakit tiap kali aku berbuat demikian. Setiap kali aku mengantikan kau dengan yang lain. Percayalah, walaupun aku sering bersama yang lain, aku bermesraan, mungkin terlanjur lama dengan yang lain, tak pernah sekalipun aku lupakan kau. Sebab, dalam lubuk hati aku, hanya kau sahaja. Aku sayang kau.
Mungkin keadaan tak mengizinkan untuk kita. Pernah juga aku terfikir untuk meninggal kan saja kau dan juga yang lain-lain. Kadang-kadang, aku rasa aku lagi elok bersendirian. Kadang-kadang aku rasa benda ini banyak memakan diri aku. Mungkin kau akan kata aku selfish. Setelah sekian lama bersama, aku mudah-mudah saja buang kau. Aku cuma mahu kau tahu, mungkin, dengan senyuman aku itu, kau sangka semua nya mudah untuk aku, namun, hakikatnya, tidak. Tidak sama sekali. Aku terseksa juga. Mungkin kita perlu bawa haluan hidup masing-masing. Aku minta maaf.
Bukan aku mengalah, Cuma aku rasa, aku patut rasa cukup. Cukup dengan semua ini. Tapi, bila kau pandang tepat pada mata aku semalam, aku yakin. Walaubagaimana susah sekalipun, aku tetap akan cuba. Aku tak akan mengalah lagi. Aku sayang kau. Selama ini, kau sentiasa ada bersama aku, dalam susah, dalam senang, dan kau tak pernah melupakan aku. Walaupun aku sering melakukan hal sedemikian. Kesabaran kau, buat aku tersentuh. Dan aku janji, walau ada yang lain, kau, Marlboro filter, tetap dihati. Walaupun sukar untuk aku lupakan, untuk aku tinggalkan Mild Seven charcoal filter, Percayalah. Kau tetap number satu dihati. Hanya kau mampu menambat deria rangsangan aku.

No comments:

Post a Comment