Thursday 6 October 2011

Tambah, Tolak, Darab dan Bahagi Duniawi.

Bila kita banyak sangat fikir. Dan mungkin kita fikir terlalu jauh. Apa akan jadi? Gila lah jawapnya. Bukan nya masalah berfikir, tetapi, cara kita berfikir, atau lebih tepat, ‘Laju sangat’. Yes, itu aku. Masa depan. Manakan kita tau apa akan jadi. Itu kuasa Nya.


Apa yang aku cuba sampai kan ialah, aku sendiri tak tahu. Terlalu banyak yang mahu diperkatakan. Situation nya sekarang. Bottle neck. Semua idea, semua perasaan hendak dikeluarkan pada satu masa. Itu mustahil.


Okay. Satu-satu. Mungkin aku perlu keluarkan satu lagi lagu baru. Biar semua tahu. Tapi, apa guna nya. Ada yang kesah? Letih dengan dunia yang macam-macam ragam. Penat dengan helah manusia yang tak berhati perut. Kasar sangat rasa nya bahasa itu. Pembetulan, manusia yang tiada perasaan.


Menipu memang salah satu sifat manusia. Semua orang pernah menipu. Macam mana aku benci dengan seorang penipu pon, mereka tetap manusia seperti aku, dan aku juga seorang penipu. Bukan mudah untuk menjadi jujur. Aku faham. Kalau diikutkan cara aku, ada metafora untuk digunakan bila kita hendak jujur sahaja.


Mungkin manusia seperti kamu tidak memahami sistem metafora millennium ini. Biasa lah, kadang-kadang, nampak macam kasar, nampak macam menyakitkan, tapi tidak sesakit apabila ditipu. Betul? Jujur nya, kita mudah memaafkan kesilapan seseorang itu. Sebab kita tahu. Itu biasa. Manusia. Kita lakukan semua itu, ikhlas dari hati. Tak perlu dipertikaikan.


Masalah ke-2, apabila perkara yang kita cuba untuk reda kan, untuk kita lupakan, manusia itu sendiri yang membangkitkan kembali. “Kenapa? Masih tak puas hati? Kemenangan berpihak pada kamu. Apa lagi yang kamu mahu?”


Sumpah. Aku tak faham kenapa manusia jadi seperti ini. Mungkin aku baru berpijak di reality. Mungkin juga itu sifat manusia. Suka lihat manusia lain sengsara. Kalau aku ada kuasa dewa-dewa, sudah tentu aku benamkan manusia seperti ini hingga ke lapisan bumi yang ke-7.


Tapi itu dogeng. Cerita karut orang dulu-dulu. Reaksi kita bila berhadapan dengan manusia seperti itu, Hadapi saja dengan senyuman. Tidak mengapa jika itu palsu. Sakit untuk kamu, kamu diamkan saja. Sakit untuk mereka melihat senyuman kamu. Itu apa yang mereka patut rasakan. Malu lah mereka dengan sikap dan perangai kebudak-budakkan mereka itu.


Masa berjalan. Kalau kita tidak mengubah diri kita, siapa lagi? Sampai bila nak jadi manusia yang tidak bertamadun? Cakap mengalahkan Perdana Menteri. Malahan, lebih lagi. Mampu mengubah dunia konon. Tapi, bila suruh dibuat, ada saja alasan nya. Tak mampu juga untuk kamu lakukan kan?


Fikir-fikir kan lah. No need to rush to grow up. Enjoy the moment you have now. Hidup tak lama. Muda hanya sekali. Pandang terus kehadapan. Makin hari makin tua, bukan makin muda. Fah
am kan?

No comments:

Post a Comment