Tuesday 21 May 2013

#Selingan3


Satu soalan cepuk cemas dan jarang jarang didengar lagi lagi dari seorang President.

“Dah okay dengan dia?”
Kelu sekejap. “Ya, semua baik baik saja.” Sambil aku lempar senyum sinis.

“Walaupun kita lelaki, kita perlu juga cari seorang yang sayang kita. Bukan butakan mata dan hanya sayang orang yang kita mahu saja. Ketepikan ego. Relakan yang betul betul cinta dan sayang kita. Mungkin itu tempat mereka, dan mungkin juga itu tempat hati kita. Yang sepatutnya.”

Aku masih senyap. Tak membantah. Aku telan semua kata kata President.

“Dia baik, dan lembut. Tapi, soal sayang, cinta bukan boleh dipaksa. Jangan zalimi diri hanya kerana apa yang kita harapkan tak tercapai. Mungkin bukan sekarang, mungkin nanti. Hidup perlu diteruskan. Kita ada tanggungjawap yang lagi besar, nanti. Kena well prepared.”

“Macam mana nak tahu dia betul sayang atau tidak?”

“Pada saya, mudah. Dia sayang, dia datang. Jauh mana pun kita pergi, susah mana pun hubungan itu, tak sehaluan mana pun kita. Tapi, kalau betul betul ada cinta dan sayang, masing masing akan usaha tanpa jemu asal dapat bersatu.”

“Akaun, En Daut dah siap, ada dalam pendrive ni. Dah boleh proceed.”

Bangun dan terus keluar dari bilik.

Lagi dilayan, lagi dalam nanti. Lagi luluh pula hati ini.

Kerja banyak lagi.


No comments:

Post a Comment