Saturday 11 May 2013

Ketahuilah aku tengok bintang dan aku nampak kau.


Semua orang ada cita-cita. Ada harapan. Ada azam.

Ada hajat.

Kita sentiasa berharap agar semua hajat akan tercapai. Supaya kita boleh tidur lena. Mimpi yang indah-indah. Sesetengah percaya dan berhajat pada shooting stars, percaya pada nombor dan melontar syiling ke dalam kolam atau perigi. Every now and then, one of the wishes comes true.

Kemudian apa? Adakah ia seperti yang kita harapkan? Kemudian apa? Adakah kita akan berhenti untuk mengharap. Berhenti berhajat. Or do we just notice we've got a long list of other wishes waited to be wished?

Aku juga berhajat.

Masa birthday. Sewaktu meniup lilin. Aku pejam mata dan berharap. Tapi kalau diberi peluang aku mahu lakukan semula. Untuk pejam mata dan berharap. Untuk tiup lilin, sekarang, pada detik ini dan berhajat everything will be just fine dan kembali seperti dulu.

Things might not be the same tapi just so you know, aku belum bersedia untuk buang sisi romantik dan kasih sayang begitu saja.

Boleh kita back to square one dan mula kembali?

No comments:

Post a Comment