Wednesday 15 May 2013

#Selingan


Selingan.17 Apr 2013.
Kalau kau masih ingat tarikh dan malam itu. 
Saat itu.

Kalau bisa aku rakam saat itu. Pasti kau tahu, betapa mudah untuk kau hidupkan hari hari aku. Melihat kau girang ketawa sambil ditemani cerita running man dan aku melihat kau dari kaca computer riba diselingan lagu dari Yiruma – Kiss The Rain. Syahdu kau tahu? Terubat rindu. Dalam hampir roh aku di cabut keluar, sempat aku berdoa agar kau dijodohkan dengan aku. Harap kau lah tulang rusuk kiri aku. Bersyukur juga aku kerana Allah s.w.t kabulkan doa di tiap hari hari aku. Moga moga kau rasa apa yang aku rasa. Moga cinta kau tetap dengan aku. Selamat tinggal dunia. Harap kita berjumpa kembali, di esok hari.

p/s : Aku mohon pada Allah s.w.t agar ditempatkan malaikat malaikat malam disisi jodoh aku, kamu. Jaga kan dia sementara aku jauh

No comments:

Post a Comment