Satu-satu langkah aku atur, satu-satu patah dan hancur, betul juga kata
Aniem, "Jangan plan apa-apa, kalau nak jadi, jadi juga, kalau tak jadi tak
boleh buat apa. Yang penting ada nya usaha." Itu lah dia Ariff, terkenal
dengan degil nya. Kalau dia kata A, A lah yang dia akan buat. Aku cukup kenal diri aku, tapi aku tak tahu
apa dah jadi dengan diri aku, musnah satu-satu, telan semua kata-kata aku.
Mungkin bagi kau, semua nampak mudah? Tapi tidak pada aku.
Segala yang terjadi, ada hikmah nya, kini aku sedar. Aku nampak dengan
lebih jelas. Dulu, aku marah takdir, kerana tarik nikmat hidup aku, sunyikan
hidup aku, hilang rasa hidup aku, selama lebih enam tahun, aku tahu, ada
hikmahnya. Tapi aku manusia biasa, marah, bila sesuatu tak jadi seperti yang
aku impikan. Itu dulu, kini aku faham, aku lihat dengan lebih jelas. Tuhan
sengaja uji aku, untuk bagi aku ketabahan hati. Untuk masa depan. Iya, masa
seperti ini. Bila aku kenangkan kembali, berguna juga semua yang terjadi. Sebab
dugaan kali ini, amatlah pedihnya. Itu aku tak nafikan. Tapi aku terima
takdirnya. Kerana latihan yang dikurniakan pada aku sepanjang enam tahun lalu,
cukup berguna. Aku bersyukur. Dugaan kali ini, aku tafsirkan ia sebagai satu
ujian. Jika aku lulus dengan cemerlang. Baru lah aku mampu dapatkan habuan nya
kan? Indah rupanya hidup aku ini. Semua yang terjadi dihari ini, sentiasa ada
gunanya dimasa akan datang. Umpama satu petanda untuk aku, terus dari dia. Cuma
kadang-kadang itu, aku yang butakan mata, pekak kan telinga, bisukan mulut,
mati kan hati. Lumrah manusia. Sakit hati, kecewa, dan rasakan itu penghujung
jalan. Bila aku hayati, dengan semua kata-kata aku, dengan orang yang ada
disekeliling aku, aku sedar, betapa bertuahnya hidup aku sebenarnya. Aku
sentiasa diberi petanda sebelum aku ditimpa bencana. Mungkin bukan bencana
besar, tapi cukup lah dengan kekecewaan hati. Sekurang-kurangnya aku mampu
bersedia sebelum aku diuji.
"Aku ini macam getah tahu? Tarik kuat-kuat (paksa). Then nanti bounce
back, jadi balik bentuk asal. Tak pun putus, kan? Tapi, kalau biar kan saja,
pakai saja.Lama-lama, getah itu kembang juga. Jadi juga sampai tahap yang kita
nak tarik awal-awal dulu kan? Tapi, kalau in the first place tak suka getah tu.
Getah itu ketat. Menyusahkan nak pakai, rosak kan rambut. Buat apa beli kan?
banyak lagi getah lain."
One thing yang aku belajar, buat semua benda tu seikhlas hati, jangan
expect apa-apa balasan, if ada, ada lah, if tak ada, bukan rezeki lah. Allah
maha adil, dia tak zalim pada hamba dia, tak salah kalau nak berharap, tapi jgn
expect benda tu akn jadi mcm mana yang kau harap kan. Takut nanti sendiri yang
sakit. Mungkin cara aku dengan dia beza, mungkin itu cara dia. Hati orang,
fikiran orang, tak ada siapa yang mampu tahu. Mulut boleh tipu, dalam hati, ape
yang dia fikir, even parents kita pon tak kan tahu apa yang sebenarnya kita
rasai. Ini kan pula orang lain. Tak kira lah, orang itu dah jadi wife kita or
husband kita. Kita bukan mind reader. Kita tak mampu baca.
Entah lah, macam mana aku kata pun, macam mana aku cakap yang aku faham
perasaan kau pon, macam mana aku cakap yang aku pernah lalui pun, sakit nya
tetap tak sama, luka dalam hati tetap lain. Sebab itu pada aku, benda ini
simple aje, kalau kita tak boleh nak berubah untuk orang yang kita sayang,
untuk siapa lagi? Orang kalau dah sayang kita, dia terima kita seadanya, macam
mana buruk, terok ,hina pun cara kita, perangai kita, dia tetap terima, dia
tetap sayang kita, dan dia tak nak kita ubah apa-apa. Dia mesti sentiasa nak
kita macam dulu, macam mula-mula dia kenal kita dulu. Sebab itu name dia
'sayang'. Then baru la part kita, bila orang dah sayang kita, terima kita
seadanya, turn kita lah pulak, change untuk jad lagi baik, sebaik mungkin untuk
dia, kalau bukan untuk orang yang kita sayang, untuk siapa lagi? Kan Kan?
Sekarang kita dah keluar sikit, kita kena blajar pijak atas kaki sendiri.
Mungkin macam aku, still terangkak-rangkak lagi, tapi slow-slow la. Nak lari
terus memang tak boleh. Kita kena biasakan diri, belajar benda baru, kehidupan
kan? Tak seindah fairytale pun, bukan macam dalam cerita dogeng, reality, agak
sakit la.
Aku slow-slow kena faham semua tu, aku slow-slow, motivate diri sendiri, aku slow-slow, muhasabah diri, lihat semua benda ini, dari semua sudut yang ada. Kita bukan budak sekolah menengah lagi? Nak sepak terajang. Nak gadoh golek-golek. Duduk berbincang, kan lagi bagus? Kalau dekat tempat best, perot pun kenyang. Kan? Sebab itu orang kata, jangan buat keputusan time perut kosong.
Kalau kita terima dugaan yang hebat-hebat masa bercinta, dan kita tak bahagia, dan kita lepaskan cinta itu, Allah
janjikan kita, sebuah cinta yang lain, cinta yang buat kan kita
bahagia. Tapi ingat, kita kena usaha dulu, kena cuba dulu, baru kita tahu. Boleh jadi or tak kan kemana. Tak ada manusia yang
sempurna, maka tiada cinta yang sempurna, yang jadikan ia sempurna,
bila kita saling mencintai, menyayangi, mase itu, "Kalau orang kata yang aku pilih itu
kaca, pada aku, simple aje, itu mata kau, bukan mata aku."
Itu lah dia. Susah la kalau dia tak ada
effort. Macam aku cakap, benda ini two ways, kalau sorang saja, habis kudrat
kau kerah pun, macam itu juga. Benda nya tak akan kemana. Ego tinggi-tinggi pun
nak kemana? Bumi juga, kalau sampai bulan, boleh la aku nak hairan.
Jalan hidup masing-masing. Kubur
lain-lain. Faham kan?
No comments:
Post a Comment