Tuesday, 3 April 2012

Misery.

“This is the third times I repeating my mistake since I was born. I guess I didn’t learn my lesson.”
 
Perkara ini yang aku fikirkan sejak tadi. Sejak aku sedang mandi. Akhir-akhir ni, banyak perkara yang buat aku termenung jauh. Perkara yang paling buat aku terasa hina adalah sebab diri aku sendiri. Tentang hala tuju hidup, pelajaran. Masih aku duduk membisu, kadang-kadang khayal melayang. Entah apa lah yang patut aku buat. Silap aku, tak pernah menyesali. Mungkin aku sesali namun hanya seketika. Lumrah manusia, memang mudah lupa. Dan aku tidak terkecuali. Tapi sampai bila? Aku juga ingin maju kehadapan, menjadi kebangga keluarga. Aku juga menyimpan impian untuk menjadi seseorang yang berjaya kelak. Aku cuba, aku gagal, aku bangkit dan aku cuba lagi. Dalam proses itu, aku lupa yang sebelum nya aku pernah menyesali perkara yang sepatutnya aku tidak ulangi. Ini hakikatnya. Aku masih disini. Terasa hina tak henti.

Aku sedar, ini hanya dugaan. Bukan hanya aku seorang. Kali ini beberapa orang ada jatuh bersama-sama aku, Cuma tidak teruk dan tidak jatuh sedalam aku. Ya, jujurnya memang ada yang jatuh sedalam aku,  akan tetapi mereka bukan siapa-siapa, hanya rakan biasa. Orang yang rapat dengan aku, semua sudah melangkah kehadapan. Tapi langkah aku masih perlahan. Ah! Aku terasa hina lagi. (Berhenti seketika, pejamkan mata, sambil nikmati asap rokok murahan.) Aku rasa, kalau aku masih tak sedar juga kesilapan aku ini untuk kali ke empat, itu tandanya aku hanya insan hina. Apa aku perlu bangkit dan menanam angan-angan membaja usaha dan kemudian aku lupa hingga aku jatuh kembali?

Kalau hari-hari aku sebegini, tak mustahil aku gila satu hari nanti. Kau tahu sunyi? Ini bukan soal hati dan perasaan orang bercinta. Ini sunyi bila kau tak cukup ilmu didada. Apa mungkin tak cukup motivasi? Rasanya aku sendiri menjadi tiang pada insan lain, kaki motivasi. Aku senyum bila lihat orang yang jatuh, dan bangun dengan gagah atas bantuan aku. Tapi, kenapa agak nya susah dan kenapa agaknya mudah untuk aku lupa dan terima kata-kata aku sendiri? Susah. Tak terbayang untuk kamu lihatkan aku ini. Mungkin kamu semua nampak aku sebegini pada zahirnya dan dalaman yang sebegini pula kamu tak tahu. Sakit. Kamu adaptasi lah sendiri rupa ‘sebegini’ itu.  

Rokok sudah sampai kepuntung, aku sambung bara ke rokok baru.

Tertekan. Sangat tertekan dengan diri sendiri. Bila semua tak menjadi seperti yang aku ingini. Kamu mungkin kata ini takdir. Tapi, renungkan, siapa yang mampu mengubah takdir aku sendiri kalau bukan aku. Aku lebih selesa jika kamu katakan yang mungkin ada yang terbaik, dan usaha aku selama ini tidak akan membawa aku ke tempat yang terbaik untuk aku. Atau mungkin, aku perlu rasa semua kesusahan ini serta sengsara ini untuk melalui jalan hidup pada masa akan datang.

Aku sedari satu perkara malam ini. Tiba satu masa, kita hanya dengan diri kita sendiri. Susah senang, tawa duka. Semuanya atas diri kita sendiri. Umpama mendaki gunung, orang tidak bertanya tentang cerita pendakian. Orang hanya bersorak pada kita setelah mendengar berita kejayaan sampai ke puncak. Kalau ada yang bertanya, itu insan istimewa untuk kita. Kerana, susah senang kita mereka ini ambil kira. Sambil aku dengan lagu Opick-Rapuh, gugur juga air mata, kenangkan yang aku insan hina. 


No comments:

Post a Comment