Sunday, 5 May 2013

Dan aku masih percaya aku mampu bahagiakan kau lebih dari dia.


Dua perkara yang perlu aku jelaskan sebelum mana-mana hati kecewa.

Pertama.

Aku unkacak dan uncool. Itu adalah fakta. Ini perkara serius.

Semua apa yang kamu baca di sini atau laman sesawang Facebook yang aku nyatakan umpama Danial Craig, Brad Pitt mahupun Fahrin Ahmad, semuanya jauh panggang dari ketuhar gelombang mikro. Gambar di Facebook bukan boleh dipercayai. Apatah lagi Mypepek, I mean, Myspace.

Kadang-kala aku upload gambar dan padamkan semula- nampak terlalu kurus.. Salah angle. Salah pencahayaan. Aku update status dan aku padam- tak cukup cool. Tak menarik perhatian.

Tekanan.

Semuanya berpunca dan berpaksi dari keinginan untuk menikmati gadis-gadis mungil dan mulus. Seperti mana yang mana-mana individu tall-dark or fair-handsome selalu terima.

Ahmad Ariff hanya seorang lelaki yang suka bermalasan. Konon berjiwa kental tak ingat tapi lemau macam biskut meri masuk angin.

And I'm okay with it.

Kedua.

Iya, betul. Memang aku dah jarang update ini blog. Tiada sebarang entri dan nota baru sekerap dahulu. Guilty as charge. Mental block. Tiada apa untuk ditulis. Aku penat. Kalau aku masuk internet, niat aku cuma mahu berhibur, tonton porno, stalk laman sensawang kamu tanpa perlu menulis blog sendiri. Kerana menaip itu memenatkan. Memikir itu memenatkan. Sudah aku katakan, aku seorang yang suka bermalasan. Kamu mahu baca cerita lucu-lucu di sini, melankolia di sini, aku pun kurang pasti bila aku boleh menjana idea falsampah seefektif dulu.

Semalam.

Dalam kereta yang sedang dimamah usia, graviti dan intertia, ada sedikit perbincangan mengenai kehidupan, kekecewaan, percintaan dan kasih sayang.

"I wish I'm strong like you, man! I can't even live without my love."

Aku hanya senyum.

Di rear view mirror kereta yang sedang dimamah usia, graviti dan inertia, aku ternampak kelibat hidung aku menjadi panjang sejengkal. Macam si patung kayu Pinnochio. Bila bercakap bohong. The truth is my past still haunts me.

Pathetically, I still, do believe that you belong with me.

No comments:

Post a Comment