Sunday, 13 November 2011

Khas Untuk Kau.

Tiada kisah yang abadi. Tiada cinta hingga akhir nanti. Kecuali cinta pada para Rasul serta pada yang Maha Esa. Telah nyata, dunia hanya sementara. Jasad hanya pinjaman didunia. Kita sebagai manusia, terima takdir dan ketentuan-Nya seadanya. Mungkin, yang mampu bibir ucapkan, bahawa jodoh itu tiada.

Soal cinta, kita boleh berbicara, namun soal ajal maut, itu Tuhan punya kuasa. Bagai satu mimpi, bila seorang insan yang rapat dengan kita pergi meninggalkan kita. Tidak kembali lagi. Sedih, tapi hati tetap redha.  Akur dengan ketentuan-Nya. 

Kita berkenalan, bermesra umpama saudara. Kau abang, aku adik. Dari kecil hingga besar. Namun, rezeki kau, Tuhan lebih sayang kan  kau dari aku. Kau dijemput dulu. Aku sayang kau, semua sayang kau. Tanggal 9 November 2011, kau pergi. Tinggal kan kami. Kau pergi jauh. Kau tak kan kembali lagi.

Mesti kau tersenyum jika melihat kami semua dapat bersama pada malam itu. Sedih bagi kami kerana kau tiada diantara kami. Kau satu kan kami semua kembali pada malam itu. Bezanya, kau tiada. Tiada gelak ketawa, tiada lawak jenaka. Hati tak terkata apa. Dan pastinya, hanya Tuhan yang dapat membaca apa yang aku rasa.

Semoga jalan hidup kau disana dipermudahkan. Semoga kau ditempatkan bersama-sama insan yang beriman. Aku bersyukur dapat berkenalan dengan seorang abang, seorang saudara, seorang sahabat seperti kau. Segala yang baik-baik aku doakan untuk kau.

Lumrah dunia, lumrah manusia. Yang datang pasti pergi. Yang hidup pasti mati. Tiada yang kekal abadi. Kecuali, Dia. Tuhan yang Maha Esa, Allah S.W.T.

p/s : Sebagaimana ramainya sahabat-sahabat kau yang hadir pada malam itu, sebegitulah harapan aku di akhir masa aku nanti di kemudian hari. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin juga nanti. Yang aku harapkan, seramai itulah yang dapat men-solatkan jenazah aku nanti.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Muhammad Afiq bin Ahmad.



 

No comments:

Post a Comment