Wednesday, 5 October 2011

Bila kita mula bercerita kembali. Soal kau, soal aku, soal dia dan soal dia.


Penat aku fikir apa yang jadi. Penat aku fikir kenapa aku macam ni. Orang mampu kata apa saja yang mereka nampak. Tapi, orang tak mampu tahu apa sebenarnya yang jadi. Setiap perkara yang buruk pada seseorang itu adalah kesan daripada pengalaman silamnya. Sakit dan susah hidupnya. Ada seribu satu jalan untuk kita pilih bila kita rasa kita tak mampu lagi berjalan dalam dunia yang kadang-kadang kita rasa bukan lagi tempat kita. Walaupun jalan yang aku pilih adalah jalan yang paling hina, itu hanya diri aku. Antara aku dengan diri aku, tiada kena mengena dengan orang lain.
Aku buat semata-mata untuk lepaskan diri aku. Untuk aku pergi kealam aku. Untuk aku tidur lebih lena. Aku akui, aku bukan lah sebaik mana. Aku hanya mampu berkata-kata. Pulihkan orang, bangun kan orang. Namun untuk aku, aku akui, teramat susah. Mungkin, jalan kita berbeza. Ya, jalan kita terlalu berbeza. Kau mampu kata kau faham. Tapi, aku pasti, kau tak kan boleh rasa apa yang aku rasa. Bukan nya aku cerita ini berkaitan hal-hal lepas. Yang lepas, biarkan saja ia pergi. Hari ini langkah kita, kita teruskan lagi. Ada yang kata “Umpama nya aku makan pakai tangan, selesai makan aku tak cuci tangan. Sisa-sisa masih lagi melekat dan mengeras ditangan”. Aku tak bias nak melawan kata-kata aku. Kadang-kadang, bila difikir, ada betul nya. Namun, bila aku lihat kembali dengan apa yang jadi. Aku rasa, tangan aku sudah cukup bersih. Ramai sudah yang membantu aku mencuci tangan aku kembali. Cuma kini, tangan aku sentiasa kotor dengan perbuatan aku sendiri.
Walauapapun, aku senang dengan hidup aku kini. Cuma kadang-kadang, aku terkilan, aku sedih, kenapa mesti ada orang lain merasakn apa yang aku? Kenapa mesti ada yang perlu ego? Bukan apa, aku hanya tak mahu ada yang akan menyesal satu hari nanti. Tak perlulah kan, ramai-ramai insan yang macam aku ini. Cukup lah rasa nya aku seorang. Kalau lah aku mampu untuk lenyap kan diri dari sini. Mungkin tiba masa untuk aku hilangkan diri. Pasti lagi mudah kerja aku. Selagi aku hidup sebagai Poii, selagi itulah aku sebegini. Entah sampai bila, aku pun tak pasti. Yang nyata, dia tak akan hilang, Ariff hanya muncul when he know he worth living for. Memang cara Poii, mencari jalan hidup nya sendiri, jalan yang hina, mungkin sesat yang hakiki kamu kata. Percayalah, kata-kata mulut ini lah yang membangun kan ramai orang yang jatuh.
Hanya untuk orang yang tidak bodoh sombong. Hanya orang yang mendengar nasihat. Hanya orang macam kami. Percaya dengan apa yang dilihat bukan apa yang didengar. Dan, mendengar apa yang dikatakan, bukan melihat siapa yang mengatakan. Aku hanyut, aku rosak. Itu kata kamu semua. Apa yang aku lakukan bila aku terlarut, ada kamu tahu? Mampu kamu baca apa yang aku fikir? Jika ia hanya sia-sia, pasti aku tak lakukan. Dan aku akui, perkara itu sia-sia. Hanya aku yang rasainya tidak. Kerana, ketika itu, aku rasa, aku mampu berfikir lebih telus. Lebih waras daripada biasa. Untuk aku membantu mereka-mereka yang memerlukan aku. (Walaupun ia merosakkan diri aku. Tak mengapa. Aku rela.)   

No comments:

Post a Comment