Buzz! Buzz!
“Aku turun Jb
malam ni, jom lepak.”
“Jom! Aku pun tak ada buat apa-apa malam ni.”
Fiz dan Aaron berbalas pesanan ringkas. Agak lama mereka
tidak berjumpa. Kira-kira sebulan lebih. Sejak sebelum Aaron berangkat ke New
Zealand untuk bercuti sehingga lah seminggu dua kepulangan Aaron ke tanah air.
Malam itu, mereka berjanji untuk berjumpa. Pasti banyak cerita-cerita lelaki
yang mereka ingin kongsikan.
“Ni Sazela dan ni ……….”
Saat pertama kali berjumpa, itu saja yang Aaron dengar
dari mulut Fiz. Terus Aaron sambung ;
“Ni Sazela isteri Dato’ Safie ke?”
Kononnya nak berlawak tapi tak ada yang faham. Owh ya! Sazela
tu anak sulung Dato’ Safie bukan isteri dia! Malu Aaron, tak tahu mana nak
letak muka.
Orang kata, mungkin ini cinta pandang pertama. Maksudnya,
dari mata turun ke hati. Ada juga Aaron cuba-cuba untuk memulakan perbualan.
Tapi dia ragu-ragu. Banyak yang difikirkan nya. Belum tentu Sazela ada hati padanya Aaron sudah membuat
andaian yang jauh. Dan Aaron terlalu negative dengan terlampau banyak andaian
‘kalau’ nya itu. Dalam langkah kaki nya menuju ke kereta semula. Dia
berbual-bual dengan Fiz dan Ani, kawan nya. Kawan nya ini lah yang membawa
Sazela turun ke Jb pada malam itu. Tapi, focus nya bukan pada perbualan itu
lagi. Yang diperhatikan adalah Sazela. Hati dia sudah mula terpaut. Mungkin
Aaron sudah jatuh hati. Cuma dia terlalu takut untuk mencuba. Paranoid orang
kata. Pada dia, dia serik. Sekali
diberikan hatinya. Aaron setia. Sekali dia sayang, itu lah dia satu-satunya.
“Macam mana nanti kalau aku berharap? Macam mana nanti
bila aku sudah memendam rasa tiba-tiba dia menganggap aku hanya sebagai kawan?
Macam mana kalau….? Macam mana kalau….? Macam mana kalau…… ?”
Dari Danga Bay ke Dataran Bandaraya. Mereka lepak sampai
pagi. Penuh dengan gurau senda dan tawa riang. Agak kasar gadis ini dari mata
pandangan Aaron. Agak jauh menyimpang dah lelaki ini dari mata pandangan
Sazela.
“Gigi awak besar!”
“Sazela gigi rabbit!”
Mereka saling bertengkar manja. Tiba-tiba, kerana tidak
puas hati.
“Gahh!” tangan Sazela jadi magsa. Aaron gigit tangan nya.
Hingga lebam katanya. Sazela bangun dan terus memberi side kick pada Aaron.
Mereka bergelak ketawa lagi. Berkejar-kejaran.
Sehingga hampir subuh, sehingga Sazela mahu pulang Aaron sakat nya.
“Jangan ditenung bekas gigit tu lama-lama, nanti rindu!”
Sejak dari malam itu, Aaron cuba untuk lebih rapat. Niat
dia hanya untuk berkawan. Aaron masih serik. Kali ini, mereka hanya berhubung
melalui laman social, twitter. Makin hari makin rapat. Pernah terdetik di hati
Aaron,
“Mungkin juga kau
ada rasa yang sama, tapi macam mana aku nak luahkan isi hati aku? Ah!
Pedulikan, sebelum terluka lagi. Baik jadi kawan dari sakit sendiri.”
Pernah malam itu, Sazela katakan pada kawannya “Saya takut untuk lebih rapat
dengan Aaron lepas apa yang Aaron muntahkan pada malam itu.” Sazela ragu ragu
kerana Aaron buas baginya. Kerana Aaron bangga dengan jahat dan dajal hitam nya yang
dimuntah kan pada mereka semua. Tapi,
kali ini Sazela tidak dapat membaca raut personality seseorang itu, Aaron.
Sazela tidak dapat menghakimi dia.
Tidak lama kemudian, Sazela mula menyepi. Laman twitter
nya jarang dibuka. Aaron sedikit kecewa. Padanya, mungkin telah tertulis jodoh
itu tiada. Namun begitu, setiap kali dibuka laman twitter nya, Aaron akan tetap
membuka lawan twitter Sazela. Dan berharap, mungkin satu hari nanti dia akan
bercinta lagi. Dan bahagia seperti orang-orang lain.
“Tak payah lah dengan Aaron tu, dia memang macam tu, kaki
perempuan, playboy. A heartbreaker dan tak pernah serious.”
Aaron terkelu. Tunduk membisu. Dia tak menduga seorang
kawan yang dikenali hampir empat tahun itu sanggup berkata belakang tentang dia. Dikatanya dia seorang kaki perempuan, playboy
dan a heartbreaker, mungkin.
“Bukankah sepatutnya jadi kawan itu saling setia
dibelakang kawan demi kebahagiaan masing-masing?”
Aaron tidak marah. Dia lelaki yang tenang. Lagi-lagi
sejak kejadian beberapa tahun lepas. Aaron telah tanam dalam diri dia dengan
sikap ‘Pergi jahanam dengan muka kamu semua, asalkan hidup aku bahagia’. Ayieq,
abang nya itu yang mengubah dia jadi sebegitu. Katanya, jika bukan dia yang
menjaga hatinya, siapa lagi?
Tapi kini, Aaron telah berjumpa dengan seorang gadis yang
mampu menambat hatinya semula. Sazela. Perkenalan antara dia dan Sazela baru
saja, namun semua perkara bersama Sazela membuatkan hidup Aaron yang dulunya
serabut menjadi mudah dan lebih jelas.
“Cinta akan datang, either by incident or coincidence.”
Tak pernah diantara mereka merancang untuk jatuh cinta
sedalam dan secepat ini. Mungkin terlalu awal, mungkin juga ini jodoh.
Selalunya, sifat lelaki mereka akan berpura-pura baik malaikat hanya untuk
menambat hati gadis yang diimpikan. Tapi apa yang jadi, Aaron tidak menjadi
seperti dirinya yang dulu. Dia lebih selesa menjadi dirinya dan ketika itu
cerita mereka bermula.
Buzz! Buzz! Messages masuk. Aaron dengan perlahan membuka
dan membaca.
“Bro, free tak? Boleh temankan Sazela malam ni? Kawan ada
issue malam ni.” Ringkas dari Fiz, sahabat Aaron dari kecil.
“Damn! Kawan outstation. Macam mana nak teman dia?!”
Aaron sedikit kecewa. Boleh dikata, Aaron ada menyimpan perasaan sejak kali
pertama berjumpa Sazela.
Tiba-tiba, handphone Aaron yang rosak berbunyi. Nombor
itu tidak dikenali. Oleh kerana handphone Aaron rosak, dia cuba untuk menelefon
kembali, dia pinjam handphone ayahanda nya.
Tak sangka, Sazela rupanya. Ya! Fiz yang bagi nombor
Aaron pada Sazela. Sejak malam itu. Aaron tak putus-putus berhubung. Hati nya
mula terpaut sedikit demi sedikit dari setiap inci perbualan panjang, pesanan
ringkas, dan senyum tawa. Tak ada yang menduga, malahan Aaron sendiri tidak
perasan dengan perubahan pada dirinya. Hari-harinya berbunga-bunga. Lebih
semangat untuk berkerja dan ternanti-nanti malam tiba hanya semata-mata untuk
luangkan masa bersama Sazela di talian hingga ke subuh esoknya.
Waktu tetap berjalan, hari berganti hari. Rindu mula
dirasa. Aaron jatuh lagi. Namun, sukar untuk Aaron luahkan, mujurlah Sazela
memahami hasrat hati Aaron. Cerita cinta bermula. Kali ini, En. Cupid telah
membuat panahan yang tepat pada orang yang tepat dan pada masa yang tepat.
“ Kalau saya cakap awak jangan marah ya?”
“Ape dia? Cakap lah, tak kan lah saye nak marah?”
“Saye sayang awak”
Aaron terus senyum. Tanda yakin dengan cinta yang
diberikan oleh Sazela. Aaron pasti, dialah orang nya. Dialah jodoh yang
dinantikannya.
Cuma…
Disini masalah nya.
Kawan yang dikenali oleh pasangan ini seakan tidak
memahami soal hati dan perasaan. Bukan nya pinta mereka untuk jatuh diantara
satu sama lain. Perkara itu tidak dirancang. Bekas kekasih Aaron bengang
apabila mengetahui Sazela ada hubungan dengan Aaron. Ya, Sazela dan bekas
kekasih Aaron berkawan. Bukan salah Sazela. Dia tidak mengetahui. Perkenalan
nya dengan Aaron tidak dirancang. Ani, kawan pasangan ini yang menceritakan
kepada Sazela apa yang terjadi dulu dan mungkin ketika itu, sudah terlambat.
Hati Aaron sudah terpaut.
“Aaron, bekas kekasih kau tweet apa ni?” Ira, adik Aaron
sentap dengan tweet yang dibaca.
Aaron dengan tenang membaca tweet itu. Pada asalnya
tenang sudah mula panas. Dikenangkan kembali wajah kekasih hatinya, Sazela.
Aaron mula tenang kembali. Bukan apa, kerna sayang dia tidak mahu jodohnya itu
lebih susah nanti jika diikutkan sangat hatinya dan panas baran nya itu. Aaron
memang panas baran, sejak dulu lagi. Satu hari Aaron senyapkan perkara ini dari
pengetahuan kekasihnya. Namun, ketahuan juga. Iya lah, mereka berkawan, dulu.
“Sayang, kite nak buat macam mana ni?” lembut Sazela
menanyakan pada Aaron. Tapi Aaron senyap. Tak terkata apa, kerana Aaron tahu,
tiada apa yang dapat dibantu. Aaron perlu berfikir lebih panjang, kerana apa
saja tingkah tindakan nya akan melibatkan Sazela. Kecewa, Aaron mula kecewa
dengan dirinya. “Apa guna kite jadi kekasih awak tapi kita tak boleh bantu
awak?” tanya Aaron. Luluh hatinya melihat keadaan jadi begini. Tapi, Aaron
tetap gagah kan diri. Dia tidak mahu Sazela lihat luluhnya hati nya diatas
sikap kawan-kawan nya itu.
“Tak mengapa lah sayang, hilang satu kawan tapi sayang
dapat kawan baru. Sekarang sayang ada Mira, ada Liya, ada Rina, ada Liza, ada
Nadia, ada Asfan, Lex, Zack, Fira, dan family kite.” Aaron cuba untuk sedapkan
hati Sazela yang runsing itu.
Sambung Aaron,
“ Kita kuat sebab rakan-rakan, sayang ada setahun lebih
lagi. Kite harap sayang mampu tahan. Kalau kite boleh, kenape tidak sayang?
Kami juga berjauhan, jarang berjumpa. Masing-masing tidak ditemani sesiapa,
semua atas diri sendiri. Kalau kami boleh, sayang mesti boleh, kan? Mungkin
jauh dari mata, tapi tak pernah hilang dihati.”
Sazela masih senyap, mungkin tanda setuju. Aaron tak
mampu nak membaca fikiran nya. Namun Aaron tahu, Sazela masih memikirkan
nasibnya selepas ini.
“I hope you are worth the fight.” Sazela bersuara. Aaron
pandang Sazela, dan berharap dia faham tentang perasaan nya.
“Dah lah, malas nak fikir. Kenapa lah susah sangat untuk
kita? She always said that she’s a positive thinker. Tapi kenapa tak fikir
positive tentang kita. Bukan nya kita plan. Dan kite pun tak tahu menahu awak
bekas kekasih dia sampai lah Ani bagi tahu. ” jelas Sazela.
Hari berganti hari, mereka melayari episode cinta mereka.
Bertikam lidah adat bercinta. Prosess kita mengenal dia. Mungkin mereka terlalu laju dan mungkin
mereka terlalu dalam. Dugaan terus datang umpama peluru bedilan dari Israel ke
muka bumi Palestine. Mereka teguh bersama, kerana mereka tahu, mereka kenal dan mereka yakin pada cinta mereka berdua.
“Awak, jom kahwin”
Masih terngiang didalm benak fikiran Aaron saat pertama
Sazela menanyakan soalan itu pada dia. Soalan itu yang membuatkan Aaron buka mata
tentang kehidupan. Apa lagi yang tidak lengkap dalam hidupnya? Segalanya telah
dia perolehi, cuma kini dia menanti puteri hati.
Jauh mengelamun. Sazela sentap Aaron, disuapkan char kuey
bakar kegemarannya ke mulut Aaron.
“Nah! Makan banyak sikit, biar gemok sikit.” Disambung dengan
gelak manja.
Sazela cukup suka char kuey bakar dekat Dataran Bandaraya
Johor Bahru. Kalau mereka keluar bersama, boleh dikatakan hampir selalu mereka
lepak makan disitu.
“Awak, pernah tengok Z4?”
“Awak, pernah tengok Z4?”
“Pernah, bontot dia tak cantik!”
“Eh! Apehal pulak?!, cantik lah. Sport.”
“Takkkkkkk!”
Selalunya begitu, ada saja yang nak dibantah. Ada saja
yang tidak sehaluan. Ada saja yang berbeza pendapat.
Bercinta bukan hanya setakat melepsiankan apa yang kita rasa.
Bercinta pada aku sama dengan pertaruhan,
Sama dengan pelaburan.
Aku mahukan soulmate,
Terima aku apa adanya.
Jadi cermin bagi yang satu.
Walaupun berbeza pandangan.
Walaupun berbeza pendapat.
Namun kini, sealam semesta umpama menentang mereka.
Mungkin kerana hubungan mereka kerap disumpah seranah oleh orang yang masih
berdendam dengan cerita lama Aaron, atau mungkin orang yang tidak tahu cerita
mereka, tetapi menghakimi mereka.
Yang Aaron harapkan, jodoh kekal panjang. Sebab Sazela, kini separuh dari hidupnya.
Berbulan sudah berlalu.
Mohon tuhan kuatkan lagi cinta diantara mereka.
Mohon tuhan teguhkan lagi kesetiaan diantara mereka.
Mohon tuhan dalamkan lagi rindu diantara mereka.
Mohon tuhan jodohkan mereka, hingga hujung nyawa.
Yang Aaron harapkan, jodoh kekal panjang. Sebab Sazela, kini separuh dari hidupnya.